Rabu, 03 Februari 2010

keajaiban dan hantu

7 Januari 2010

Anak Kambing Berwajah Manusia

0 ulasan


Seekor anak kambing berwajah manusia telah dilahirkan di Turki baru-baru ini. Menurut doktor haiwan, ibu kambing mengalami masalah untuk melahirkan anak memaksa doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kambing tersebut.


kepala anak kambing itu memiliki ciri-ciri seperti manusia, dengan hidung, mulut dan mata semuanya menyerupai manusia kecuali telinga je macam kambing.

Makhluk ganjil ini tidak berbulu. Menurut orang kampung, anjing pun takut hendak mendekatinya.

Macam biasa kalau dah keluar anak kambing muka macam manusia, mesti ada orang yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan ibu kambing tersebut. Sebab tu lah orang kampung terus bakar anak kambing ganjil ini tanpa memberi peluang untuk ahli biologi mengkajinya terlebih dahulu.


Hantu Engkalan ni popular kat Sarawak. Tapi kat sini kita panggil hantu penanggal/penanggalan je. Samada gambar ini kesilapan teknikal gambar atau memang penampakan gambar hantu. Apa-apahal saya sentiasa memberi ruang kepada pembaca yang bijaksana untuk menilainya sendiri.


Gambar Hantu Pocong Di Parking Apartment




Diceritakan bahawa security guard dengar macam ada bunyi mende jatuh. Maka dia pegi menyiasat dan ternampak penampakan ini. Dalam kekalutan, security guard tersebut berjaya menye-snap beberapa keping gambar.

Hantu Menumpang Dalam Gambar


kalau ambik gambar ramai-ramai, perhatikan betul-betul. Jangan-jangan ada 'sesuatu' yang menumpang dalam gambar kita.


02 Disember 2009

Hantu Ibusawat Telefon


Gambar ni kita ambik dari blog IsuHangat. Teks berikut disediakan:

From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PM
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapkah dia?
Nampak macam orang perempuan pakai telekung. Seorang pelawat beri komen, manalah tau ada makwe tetiba nak solat kat dalam bilik tu untuk tenangkan fikiran ke hapa. Gambar hantu atau tidak, anda nilaikan sendiri.

01 November 2009

Gambar Hantu Dalam Botol

Mohd Idham dari Mistik Items telah sudi untuk berkongsi beberapa keping gambar hantu yang diperolehi pihak beliau. Beberapa imej yang dikatakan hantu telah berjaya di rakam. Anda boleh klik sendiri untuk diperbesarkan, dan ianya ditanda dengan bulatan.





Blog Mistik Items dipenuhi dengan barang yang gharib-gharib dan mistik. Anda sendiri boleh memiliki barang-barang tersebut (jika membayar mahar yang ditetapkan). Lainkali kalau ada apa-apa barangan mistik yang diperlukan untuk apa jua tujuan, bolehlah mengubungi pengendali Mistik Items untuk mendapatkannya.


31 Oktober 2009

Gambar Hantu Di Resort


Gambar ni dah lama dikirimkan, tapi lupa nak post. Kalau perhati betul-betul kat belah kanan tu ada satu lembaga serba putih. Siap ada bayang-bayang kat air.


Benar atau tidak, anda nilaikan sendiri.

21 Oktober 2009

Ayat Al-Quran Pada Kulit Bayi


Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.


Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.

Dari akhbar KOSMO:
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar